Jurulatih Pemasaran Internet | Blog Pemasaran Internet | Peta Laman  

English | B. Melayu | 中文  


Internet Marketing Coach - Internet Marketing Asia
Fione Tan
ARTICLES
Cara mudah untuk mempromosi produk anda menerusi laman web

Apabila anda merancang untuk memulakan perniagaan edagang menerusi internet, pastikan anda memilih rakan yang mampu memberikan perkhidmatan melalui pelbagai cadangan dan alatan penyelesaian. Dalam artikel ini, kami akan fokus atas Langkah Pertama

1. Dapatkan nama domain sendiri
Nama domain merupakan identiti anda di Internet. Beribu nama domain didaftarkan setiap hari. Rebut peluang anda sekarang sebelum terlambat. Walaupun anda tidak mempunyai laman web, anda seharusnya mendaftar nama domain anda terlebih dahulu.

Kos : AS$70 untuk 2 tahun (.com, .net, .org)

Kes S
Saya telah mendengar pelbagai masalah yang berkaitan dengan nama domain, dan inilah salah satunya. Satu syarikat di Taiwan, bercadang untuk mendaftarkan nama domain dan Vendor telah menawarkan mereka diskaun sekiranya nama domain mereka didaftarkan mengguna nama Vendor sebagai pemilik domain. Maka syarikat berkenaan bersetuju memandangkan pilihan tersebut lebih menjimatkan kos. Selepas setahun, perniagaan Vendor tidak berjalan dengan baik dan meminta syarikat berkenaan membayar bayaran tambahan untuk pindah milik nama domain tersebut kepada syarikat terbabit. Syarikat itu menolak permintaan tersebut, dan tidak lama selepas itu, Vendor diisytiharkan muflis. Akhirnya syarikat tersebut tersangkut dengan laman web yang tidak boleh dikemaskini (dengan nama domain yang bukan milik mereka). Mereka tidak pilihan selain menunggu tarikh tamat nama domain tersebut dan mendaftarkan nama domain di bawah butiran mereka sendiri.

Cadangan : Berhati-hati dengan siapa yang anda gunakan untuk pendaftaran nama domain. Kebanyakan syarikat mungkin menawarkan anda diskaun yang hebat bagi pendaftaran nama domain tetapi berhati-hati dengan perkara seperti di bawah:

Nama domain anda tidak disetkan kepada nama pemilik syarikat di dalam database WHOIS
- anda akan kehilangan hak milik yang sah terhadap nama domain tersebut dan akhirnya kerugian

Anda dikenakan bayaran tambahan apabila merancang untuk memindah milik nama domain

Di antara nama domain yang meraih jualan terbaik termasuklah:

Business.com AS$7.5 juta
Altavista.com AS$3.3 juta
Autos.com AS$2.2 juta
Wallstreet.com AS$1 juta
AsSeenOnTv.com AS$5.1 juta
Wine.com AS$2.9 juta
Express.com AS$1.8 juta
Rock.com AS$1 juta

Apakah nilai nama domain anda?

Untuk maklumat lanjut tentang artikel ini, sila hubungi Syarikat Pemasaran Internet – eOneNet.com di (603) 7710 5618, atau emailkan di info@eOneNet.com. Sila dapatkan e-berita bulanan di www.eOneNet.com

Daftarkan nama domain anda sekarang di www.WebHostingMalaysia.com - masukkan kod promo: FT1 dalam borang pesanan untuk mendapatkan diskaun tambahan AS$10 (RM40) untuk pendaftaran name domain laman web.

Sumber : Berita Kelab Rangkaian Perdagangan Malaysia Penulis : Fione Tan
Balik Ke Petikan

Untuk mendapatkan berita terkini dalam pemasaran internet, cara terbukti untuk menambahkan pengunjung ke laman web, kedudukan baik di enjin pencarian, seminar e-Perniagaan, kes kejayaan bisnes Internet di Asia dan strategi e-Pemasaran, langganlah e-Majalah percuma eOneNet.com 60 saat Pemasaran Internet hari ini. Keahlian percuma boleh didapati di www.eOneNet.com

BERITA
eOneNet.com Lancarkan VCD Pemasaran Internet Pertama Di Malaysia
VCD pemasaran Internet pertama di Malaysia dihasil oleh eOneNet.com. sebuah ePerniagaan tempatan dan pemberi perkhidmatan pemasaran Internet, dilancarkan oleh YB Datuk Tan Chai Ho, Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia di Kuala Lumpur hari ini.

VCD Pelatihan Kejayaan Internet ini kini mendapat tempat teratas sebagai VCD pemasaran Internet terbaik seperti yang disenaraikan oleh enjin carian antarabangsa, dari lebih daripada 39,300 penyenaraian berkompetitif sedunia, menurut Fione Tan, Presiden dan CEO eOneNet.com.

Latihan VCD 3-dalam-1 - rakaman secara langsung bengkel Internet, 6 bulan latihan pemasaran Internet dan alatan perekaan laman web ini, bertujuan membekal pengetahuan, latihan dan alatan yang perlu kepada syarikat dan usahawan untuk menjana duit di Internet.
Selanjutnya
Join Now

Laman Utama Guru Pemasaran Internet | Biodata Guru Pemasaran Internet | Pengalaman Pensyarah Internet
Artikel Perniagaan Internet | Anugerah | Seminar Pemasaran Internet | Bilik Berita | Hubungi Guru Enjin Pencarian
Peta Laman | English | B. Melayu |
Hakcipta eOneNet.com Sejak 2003