Jurulatih Pemasaran Internet | Blog Pemasaran Internet | Peta Laman  

English | B. Melayu | 中文  


Internet Marketing Coach - Internet Marketing Asia
Fione Tan
Temu Duga dengan Guru Pemasaran Internet
Temu Duga dengan Guru Pemasaran Internet
Maklumat : Sunday Mail

Oleh Mary Chen (Sunday Mail, 17 Ogos, 2003)

Guru Pemasaran Internet Fione Tan membantu syarikat-syarikat dan usahawan-usahawan untuk menambahkan jualan dan membina jenama antarabangsa di ruang Internet - sebaik sahaja dia memberikan jaminan kepada pelanggan untuk meneliti kemampuannya bukan setakat melihat usia mudanya.

"Pelanggan prospektif biasanya menjangka seorang yang lebih matang tetapi pada akhir persembahan, mereka yakin bahawa Internet adalah pasaran yang berdaya maju," kata usahawan Internet tersebut yang memiliki sebuah ePerniagaan berumur 4 tahun dengan senarai pelanggan yang terdiri daripada syarikat multinasional hinggalah ke SMI (industri kecil dan sederhana) dan juga usahawan berpangkalan rumah.

Sebagai guru pemasaran Internet, Tan mengendalikan sesi-sesi kumpulan dan individu untuk membimbing ushawan-usahawan lain yang ingin mempertingkatkan jualan dan lawatan ke laman web mereka.

"Kami memeriksa susun atur, isi, kemudahan melawati laman utama dan mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai untuk memastikan mereka berada dalam kedudukan tiga teratas dalam senarai apabila pengguna Internet menggunakan enjin carian untuk produk atau perkhidmatan mereka," kata Tan.

"Internet adalah industry yang amat menarik untuk diselami, dengan banyak pengalaman yang baru dan menarik. Seseorang boleh bekerja dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan pergi ruang Internet dan melengkapkan banyak kerja sekali gus. Ia juga membolehkan saya menemui pelanggan dari seluruh pelusuk dunia, tanpa perlu berjalan secara fizikal."

Tan mengingati:" Semasa saya bermula, ia adalah waktu keemasan Internet. Ramai orang yang menyertai "sampan tunda" tersebut hanya kerana wang model usaha niaga dan trend. Kini, pengguna Internet adalah lebih matang, dengan lebih perniagaan merealisasikan potensi kehadiran di ruang Internet yang kukuh, dalam globalisasi IT milenium baru ini."

Sedia atau tidak, masa depan telah tiba dengan ePerniagaan

Bagaimana untuk melayakkan diri untuk pekerjaan ini
Tiada had umur atau kelayakkan akademik untuk menjadi guru pemasaran Internet, walaubagaimanapun, latarbelakang dalam perniagaan dan pengalaman pemasaran adalah berguna. Lebih baik adalah pengalaman dalam menguruskan pelbagai produk, perkhidmatan dan maklumat digital.

Dimana untuk mendapatkan latihan/peperiksaan
Latihan praktikal adalah kriteria paling penting. Anda perlu mengalami seluruh proses interaksi pelanggan di ruang Internet untuk produk/perkhidmatan yang laman web tersebut menjual. Oleh itu, adalah penting untuk menjadi pengguna Internet yang gemar dengan kemahiran berkomunikasi secara e-mel yang bagus.

Anda juga patut melawat kursus Pemasaran Internet dan juga pengetahuan terbaru pakar seperti yang didapati di www.InternetMarketingCoaching.com untuk mengukuhkan pengetahuan anda.

Kemahiran/personaliti yang Berguna
Adalah penting supaya bersemangat tentang prospek komersial Internet kerana anda tidak akan berjaya jika anda tidak yakin. Bagaimanapun, mempunyai idea dan pandangan jauh adalah tidak memadai, ia adalah penting untuk bertindak untuk merealisasikan idea tersebut.

Anda perlu yakin akan kebolehan anda kerana ini bukanlah pekerjaan untuk mereka yang tidak berkeyakinan. Untuk mempromosikan produk anda dengan berjaya; anda perlu bermula dengan memasarkan perkhidmatan profesional anda. Satu cara adalah dengan mengetahui bagaimana untuk membina laman web professional sendiri, seperti yang dilakukan oleh saya sendiri dengan www.FioneTan.com untuk memasarkan resume dan pencapaian saya.

Anda juga memerlukan kebolehan komunikasi yang bagus untuk mempersembahkan idea-idea dan cadangan andan kepada pelanggan prospektif tanpa menjadi terlalu teknikal. Keikhlasan dan ketekunan adalah perlu untuk memastikan pelanggan berjaya dalam pasaran "virtual" yang baru ini.

Mengapa anda memilih kerjaya ini?
Saya mula didedah kepada Internet semasa belajar di AS, dimana melayari Internet dan melakukan transaksi di ruang Internet menjadi sebahagian besar kehidupan saya. Walaupun, saya ingin memulakan ePerniagaan sendiri, pengalaman yang kurang, modal yang sedikit dan kebimbangan mengenai teknikaliti manahan saya dari memulakannya.

Setelah bekerja disektor kewangan, saya telah bersedia untuk melakukan keputusan mengubah hidup untuk memulakan eOneNet.com dengan keyakinan menukarkan semangat saya kepada perniagaan yang berjaya.

Adakah alatan/pengetahuan istimewa diperlukan?
Walaupun perniagaan anda tidak dapat dilihat, untuk melayan pelanggan dengan berkesan - terutamanya koperasi multinasional - anda memerlukan pejabat dan pasukan sokongan teknikal yang bagus untuk meningkatkan keyakinan pelanggan.

Faedah pekerjaan
Pengalaman mempromosi dan melayankan pelbagai produk, perkhidmatan dan maklumat digital dari pelbagai projek laman web yang anda melayan. Internet memberi keumpilan tinggi supaya anda boleh mencapai lebih dalam masa yang singkat dengan kelenturan bekerja dimana-mana di dunia.

Kemuncak karier
Saya telah berpeluang menyertai pelbagai seminar menarik dan juga dilantik sebagai wakil Malaysia ke Konfederasi Dewan Perdagangan dan Industri Asia-Pacific, yang terdiri daripada 22 negara. Tetapi waktu paling gembira saya adalah apabila laman web pelanggan saya mendapat tempat teratas dalam enjin carian dan mendapat jualan di ruang Internet, melalui respons yang hebat untuk ihktiar pemasaran di ruang Internet mereka.

Bahaya pekerjaan
Untuk menjadi guru pemasaran Internet yang bagus, anda cenderung menghabiskan masa melayari Internet dan berinteraksi secara online. Ia adalah mudah untuk hilang pengsosialan manusia ke manusia dan melupakan interaksi fizikal yang masih anda perlu untuk kestabilan dan kualiti hidup yang bagus.

Prospek Karier
Sebagai guru pemasaran Internet, anda juga boleh menjadi penceramah profesional, dan perunding kepada syarikat lain. Dalam kata pekerjaan, anda paling mungkin diupah oleh syarikat interaktif media Internet yang menawarkan perkhidmatan pemasaran online. Anda juga boleh menubuhkan perkhidmatan perundingan sendiri.

Saraan yang dijangka
Di AS, perunding pemasaran Internet boleh mengenakan bayaran sebanyak USD10,000 (RM38,000) untuk penempatan tiga teratas laman web pelanggan dalam enjin carian antarabangsa. Di Malaysia, bayaran yang dikenakan adalah lebih rendah kerana tidak banyak syarikat yang melihat kepentingan posisi mereka dalam enjin carian. Sebagai perunding pemasaran Internet yang baru, gaji anda boleh bermula dari RM 2,500. Anda juga boleh menerima saraan dari sumber lain. Contohnya, selain daripada laman web utama www.eOneNet.com, kami juga mendapatkan rezeki dari laman web berkenaan seperti www.WebHostinMalaysia.com dan www.InternetMarketingCoaching.com.

Ada nasihat?
Kuasai alatan pemasaran yang berbeza dan belajar mengaplikasikan strategi dengan inovatif.

Internet adalah arena tanpa sempadan, anda perlu menjadi sebagus jika tidak lebih bagus daripada rakan sejawat antarbangsa anda.

Oleh it, sentiasa membaiki diri anda dengan mendapat tahu tentang trend dan teknologi terbaru.

Huraian:
Temuduga media dengan guru pemasaran Internet Fione Tan di dalam akhbar nasional. Belajar bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet online dan apakah kemahiran yang diperlukan untuk menjadi guru Internet. Tip untuk memilih perunding perniagaan sebagai guru anda untuk meningkatkan jualan dan mempromosikan produk dan mengembangkan perniagaan

Kata Kunci :
Guru pemasaran Internet, guru internet, guru perniagaan, laman web, pemasaran internet, pemasaran di ruang Internet

 
 
GAMBAR
Internet Marketing - Internet Success Coaching Workshop 2003
Fione Tan, berbincang dengan para peserta semasa Latihan Kejayaan Internet Fione Tan
15&16.3.2003
Baca lebih lagi temuramah Fione Tan dan liputan media di Bilik Berita eOneNet.com


Laman Utama Guru Pemasaran Internet | Biodata Guru Pemasaran Internet | Pengalaman Pensyarah Internet
Artikel Perniagaan Internet | Anugerah | Seminar Pemasaran Internet | Bilik Berita | Hubungi Guru Enjin Pencarian
Peta Laman | English | B. Melayu |
Hakcipta eOneNet.com Sejak 2003